Jumat, 24 Januari 2014

Pencemaran Lingkungan



Pencemaran Lingkungan
    Pembangunan yang tidak dirancang dengan berkesan seperti pembalakan yang giat dan pembukaan tanahsecara berleluasa akan memberikan kesan buruk terhadap alam sekitar contohnya berlakulah hakisantanah,berlaku perubahan iklim,kesan kepada rumah hijau dan banjir.
   Pencemaran bunyi
Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan telinga.Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB(A) dan pencemaran ini mengikut situasi dan keinginan masing-masing.Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian,iaitu kebisingan selang-seli,kebisinganselenjar,kebisingan fluktuasi dan bunyi lantunan.Antara punca-punca pencemaran ini ialah:
a.Bunyi kenderaan bermotor merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini.
b.Industri-industri juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran bunyi.Bunyi-bunyi ini datangnyadaripada penggunaan jentera,kenderaan dan sebagainya.
c.Kuari juga merupakan ejen pencemaran bunyi.Bunyi pemecahan batu,enjin gerudi dan pemunggahan batuke lori merupakan punca pencemaran ini.
d.Bunyi juga berpunca daripada proses pembangunan.



Sebenarnya,punca utama kemusnahan alam sekitar adalah rekaan manusia yang tidak mempunyai nilai peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat.Sayang pada alam sekitar, patuh kepada undang-undang,bertanggung jawab,boleh membuat pertimbangan.Maka,manusialah yang perlu rasional menangani keadaan ini.
Beberapa langkah-langkah mengatasi pencemaran alam sekitar

A.  PENGGUNAAN TEKNOLOGI MODEN
Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting.Sebagaicontohnya, tanpa teknologi moden, adalah tidak mungkin untuk membersihkan tumpahan minyak dilaut.Dengan adanya teknologi moden, sisa pepejal seperti surat khabar lama, majalah lama, kertas, kain, bahan plastik dan kaca dapat dikitar semula. Ini sudah tentu dapat mengurangkan pencemaran yangdisebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna.Bahan-bahan buangan industri pertanian boleh diubah kepada bahan-bahan yang berguna dan kurang bahaya. Sebagai contoh, sampah sarap boleh dijadikan bahan api untuk menghasilkan tenaga elektrik.Hampas pertanian seperti hampas kelapa sawit bolehdigunakan untuk menghasilkan metana.Selain itu, dengan adanya teknologi moden, penapis udara telah dicipta dan dipasang pada ekzos kenderaandan cerobong asap kilang-kilang perindustrian. Penggunaan petrol tanpa plumbum juga merupakan satuhasil daripada penggunaan teknologi moden. Ini dapat mengurangkan kandungan plumbum dalamatmosfera yang bahaya kepada kesihatan manusia.Penyelidikan ke atas minyak kelapa sawit sebagai pengganti bahan api fosil adalah satu usaha yangmenggalakkan pengurangan pencemaran alam sekitar. Dengan adanya teknologi moden jentera-jentera danmesin-mesin dapat diubahsuaikan menjadi kurang mencemarkan alam sekitar.
B.  PENDIDIKAN ALAM SEKITAR MELALUI KURIKULUM
 Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan sahaja dipikul oleh kerajaan tetapi patutdipikul oleh semua pihak. Untuk membentuk rakyat yang bertanggungjawab kepada alam sekitar, mereka perlulah mempunyai kesedaran.Untuk memupuk kesedaran di kalangan rakyat, cara yang terbaik ialah melalui pendidikan. Sebab-sebab pendidikan alam sekitar ini perlu ialah kerana ia dapat membentuk sikap positif diri terhadap alam sekitar.Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu, dia akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti alamsekitar yang tinggi dikekalkan. Ini kerana mereka sudah tahu apa masalah yang mungkin akan timbulakibat sesuatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan alam sekitar.Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui KurikulumBersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) dalam mata pelajaran Alam dan Manusia. Seterusnya adalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ), khususnya dalam mata pelajaran sains seperti Biologi. Peringkat ketiga dan terakhir ialah pengajian tinggi melalui kursus SainsAlam Sekitar dan Biologi Persekitaran.Pendidikan alam sekitar kepada masyarakat umum pula disampaikan melalui media massa. Antara mediamassa yang memainkan peranan yang penting ialah surat khabar, majalah, televisyen dan radio.Selain itu,terdapat juga agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan kempen dan ceramah.
C.  AKTIVITI DAN CADANGAN UNTUK MELINDUNGI ALAM SEKITAR 
 Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-langkah wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja.Ia adalah tanggungjawab semua pihak. Kerajaan patutlah memperketatkan undang-undang yangmelindungi alam sekitar. Rondaan oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar patut diperbanyakkan.Para pengusaha terutama pengusaha kilang secara besar-besaran patutlah mendapatkan nasihat daripadaJabatan Alam Sekitar sebelum sesuatu operasi perindustrian dijalankan. Pengguna memainkan perananyang terpenting dalam menangani masalah pencemaran. Sebagai seorang pengguna yang bertanggungjawab, kita perlulah memilih barangan yang mendatangkan pencemaran yang kurang sekali.Tanpa permintaan terhadap barangan yang mendatangkan pencemaran, pengusaha kilang juga akan mula menggunakan bahan-bahan yang lebih sesuai dengan alam sekitar.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar